CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 15 April 2012

MARAH TANDA SAYANG

16 April 2012, Isnin

Penggunaan bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Hal ini demikian kerana, menerusi penggunaan bahasa yang betul, kita dapat menyampaikan perasaan sama ada sedih, marah, gembira, kecewa dan sebagainya. Namun begitu, terdapat individu yang lebih gemar menggunakan bahasa terbalik untuk menyampaikan  perasaan mereka ke atas individu lain. Hal ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pihak yang berkenaan. Bahasa terbalik ialah bahasa yang menggunakan perkataan berakas (terbalik) daripada maksud yang dikehendakkan dan orang faham akan maksudnya. Hal ini bermakna, bahasa terbalik merupakan bahasa lawan daripada yang diujarkan oleh individu tersebut.

Situasi :

" Pergilah makan belacan tu lagi", kata emak semasa memarahi saya apabila mengalami alahan yang teruk.

Keadaan ini menunjukkan bahawa emak menggunakan bahasa terbalik bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap saya. Hal ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam diri saya agar berhati-hati kelak. Oleh itu, sekiranya ibu bapa kita memberi nasihat atau menegur kita secara langsung mahupun  sindiran, maka kita hendaklah berfikiran positif dan menerima teguran mereka dengan hati yang terbuka. 

                              Pergi ke pekan membeli laici,
                              Singgah berehat bersama teman
                              Marah Si Ibu bukan membenci
                              Sebagai nasihat jadi pedoman.

Ulasan : Bahasa terbalik merupakan bahasa popular yang sering digunakan oleh masyarakat kita pada hari. Hal ini bertujuan untuk menyampaikan perasaan, menasihati atau menyindir seseorang individu . Namun begitu, kita hendaklah berhati-hati semasa menggunakan bahasa terbalik agar tidak menyakiti perasaan orang lain. 



                             




No comments:

Post a Comment