CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 29 April 2012

BAHASA MERAJUK

24 April 2012, Selasa

Bahasa merajuk menunjukkan perasaan kecil hati atau menarik diri. Sesuatu perbuatan yang dirasakan menghina atau tidak sepatutnya dilakukan. Bahasa ini juga sering digunakan oleh sesetengah masyarakat kerana ingin menarik perhatian seseorang individu. Selain itu, bahasa merajuk juga sering digunakan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati seseorang akibat tindakan yang dilakukan oleh mereka ke atasnya. Keadaan ini dapat digambarkan seperti di bawah:

Contoh situasi : Orang tak sudi singgah, apa nak buat. Maklumlah pondok kita tak ada hawa dingin.

Situasi di atas menunjukkan bahawa tuan rumah menggunakan bahasa merajuk kerana untuk menarik perhatian tetamu atau sahabat lamanya supaya singgah ke terataknya. Hal ini telah menyababkan dia menggunakan bahasa yang menunjukkan rasa rendah diri supaya sahabatnya sudi untuk singgah sebentar di kediamannya. Kebiasaannya, bahasa merajuk sering digunakan oleh kanak-kanak, warga emas atau saudara yang mempunyai hubungan rapat. 

Ulasan : Bahasa merajuk boleh digunakan pada bila-bila masa. Namun, penggunaan bahasa ini tidak digalakkan dalam kalangan kita kerana boleh mendatangkan kesan buruk seperti menimbulkan rasa bosan orang lain terhadap diri kita apabila digunakan secara kerap.  


No comments:

Post a Comment