CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 4 May 2012

MAKNA KONOTATIF

02 Mei 2012, Rabu

Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif. (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu mungkin tidak memihak mana-mana. Contohnya, walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi kedua-duanya mempunyai nilai rasa yang berbeza. Nilai perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi daripada perempuan. Begitu juga dengan perkataan lelaki dan jantan. Nilai rasa lelaki lebih tinggi daripada perkataan jantan. 

Contoh situasi :

 "Jantan tak guna! Awek aku pun kau nak kebas ke?" 

     Berdasarkan situasi di atas, penggunaan perkataan jantan  merupakan bahasa percakapan lelaki yang dianggap kaki perempuan serta rendah akhlaknya. Keadaan ini membuktikan bahawa penggunaan perkataan lelaki dan jantan mempunyai nilai rasa yang berbeza dan perlu digunakan dengan betul agar mengikut kesesuaian tertentu.

     Selain itu, makna konotatif atau makna tambahan juga boleh berubah mengikut faktor-faktor tertentu. Contohnya, perkataan "khalwat". Maksud asalnya ialah 'mendekati Allah', duduk bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran, bertafakur (Kamus Dewan,2004). Namun, maksud perkataan ini telah berubah dan dianggap sebagai suatu perbuatan sumbang (Kamus Dewan, 2004). 

Ulasan : Hal ini jelas menunjukkan bahawa makna konotatif mempunyai nilai rasa tertentu yang membezakan sesuatu perkataan tersebut dengan perkataan yang lain. Tambahan pula, makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. 



No comments:

Post a Comment