CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 29 April 2012

BAHASA MERENDAH

26 April 2012, Khamis

Bahasa merendah digunakan oleh seseorang individu apabila ingin mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan kurang. Tujuannya untuk merendah diri. Keadaan ini akan menyebabkan dirinya lebih disukai oleh masyarakat kerana mempunyui sifat terpuji iaitu merendah diri. Tambahan pula, bahasa merendah jarang digunakan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini kerana masyarakat sekarang ketandusan budi bahasa disebabkan arus pemodenan negara. Penggunaan bahasa merendah ini dapat digambarkan seperti situasi di bawah :

Contoh situasi  :

"Terimlah sedikit hadiah yang tidak seberapa ini."

Berdasarkan situasi di atas, individu tersebut telah menggunakan bahasa merendah apabila ingin menghadiahkan seseorang individu yang lain sebuah hadiah. Jadi, menerusi penggunaan bahasa merendah ini, penerima hadiah dapat mengetahui bahawa individu tersebut seorang yang ikhlas dan tidak suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Ulasan: Bahasa merendah merupakan bahasa yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian kita terutamanya dalam kalangan anak-anak agar mereka dapat menanamkan sifat merendah diri dalam diri mereka apabila berkomunikasi dengan orang lain.


No comments:

Post a Comment