CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 24 March 2012

BAHASA TEMPELAK

22 Mac 2012, Khamis

Bahasa tempelek ialah bahasa yang mengatakan sesuatu kepada seseorang secara tepat dan langsung. Menurut Za'ba, bahasa tempelak disifatkan sebagai hendak memulangkan paku buah keras kepada orang yang tidak mendengar nasihat setelah berlaku sesuatu yang tidak diingini akibat tidak mendengar nasihat yang diberikan pada awalnya. Hal ini mungkin sering terjadi pada diri kita. Tambahan pula, sikap ingin mencuba dalam diri sering menyebabkan kita melakukan perkara yang sia-sia tanpa menghiraukan nasihat daripada orang yang lebih tua. 

     Situasi ini pernah terjadi kepada saya apabila tidak menghiraukan nasihat kawan saya seperti di bawah. 

Kawan : "Saya sudah memberitahu kamu bahawa kamu
               tidak boleh memegang tebuan itu dengan sesuka
               hati nanti kamu akan tercedera. Lihat
               tangan kamu sudah bengkak dan berdarah".!
               Apa yang kamu rasa sekarang? Sakitkan?!

Situasi di atas menunjukkan bahawa bahasa tempelak digunakan apabila ingin memulangkan paku buah keras kepada orang yang degil dan keras kepala seperti saya. Sakit saya semakin bertambah apabila ditempelak oleh kawan saya. Namun begitu, bahasa tempelak juga bertujuan untuk menasihati seseorang individu dari  melakukan perkara yang sia-sia. 



Ulasan : Justeru, kita hendaklah menerima dengan hati yang terbuka apabila ditempelak oleh orang lain sekiranya individu tersebut bertujuan untuk menasihati dan memberi kebaikan kepada kita. 

No comments:

Post a Comment