CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 29 April 2012

BAHASA HERDIK

25 April 2012, Rabu

Bahasa herdik ialah bahasa seakan-akan tempelak tetapi tujuannya untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga, bukannya pada masa lalu. Bahasa ini juga mempunyai persamaan dengan maki dan tengking. Namun begitu, bahasa ini digunakan bertujuan untuk kebaikan dan bukannya untuk memalukan orang lain. Keadaan ini dapat digambarkan seperti situasi di bawah:

Contoh situasi : Hei, tak ada kerja ke! Asyik nak tidur sahaja.

Situasi di atas menunjukkan bahawa, seorang abang menggunakan bahasa herdik apabilla melihat adiknya yang pemalas dan sering tidur pada waktu lapang. Keadaan ini menyebabkan dirinya diherdik oleh abangnya kerana sikapnya yang pemalas dan tidak bergaul dengan orang lain. Herdikan abangnya adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada dirinya supaya kurangkan tabiat tidur agar lebih aktif dan melakukan aktiviti yang lebih berfaedah.

Ulasan : Jadi, bahasa herdik sesuai digunakan untuk menegur sikap seseorang yang melampau agar mereka lebih peka dengan teguran yang diberikan ke atasnya.

No comments:

Post a Comment