CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 22 April 2012

KRITIKAN

19 April 2012, Khamis

Bahasa juga digunakan untuk tujuan mengkritik seseorang individu. Hal ini demikian kerana, aktiviti mengkritik adalah aktiviti yang baik kerana mempunyai banyak manfaatnya kepada masyarakat sekeliling. Fungsi utama kritikan adalah bertujuan untuk membantu individu lain supaya dapat memperbaiki diri mereka. Tambahan pula, kritikan yang membina adalah kritikan yang membawa kebaikan kepada individu tersebut. Selain itu, kritikan juga sering digunakan untuk memotivasikan seseorang supaya menjadi lebih baik.

Contoh situasi :

"Kamu memang cuai". Kata ayah apabila melihat adik terjatuh dari motosikal di hadapan rumah.

Berdasarkan situasi di atas, ayah mengkritik adik akibat kecuaiannya. Hal ini berlaku kerana adik tidak berhati-hati semasa menaiki motosikal. Oleh itu, kritikan ayah kepada adik adalah bertujuan untuk membantu agar adik lebih berhati-hati kelak. 

Ulasan : Kadang - kala kita tidak dapat menerima kritikan yang dilemparkan oleh orang lain terhadap diri kita. Hal ini demikian kerana, kritikan yang melampau dapat melemahkan semangat dan menjatuhkan air muka seseorang. Oleh itu, sekiranya kita ingin mengkritik seseorang, kita hendaklah menggunakan bahasa yang sopan dan tidak keterlaluan sehingga mengguris perasaan individu tersebut.

No comments:

Post a Comment