30 April 2012, Isnin
Perancangan bahasa merujuk kepada usaha-usaha yang disengajakan untuk
mempengaruhi tingkah laku orang lain dari segi pemerolehan, struktur,
atau peruntukan fungsi bahasa. Ia juga melibatkan perancangan dari segi perkembangan
matlamat, objektif, dan strategi untuk mengubah cara bahasa
digunakan dalam kalangan masyarkat kita pada hari ini. Pada peringkat kerajaan, perancangan bahasa mengambil bentuk dasar bahasa . Istilah 'perancangan bahasa' sering dikaitkan dengan
konteks dunia ketiga dan dilihat sebagai alat bagi mengasaskan bahasa
kebangsaan. Perancangan
bahasa boleh dibahagikan kepada tiga sub-dimensi
:
ü Perancangan korpus merujuk kepada campur tangan dalam bentuk-bentuk sebuah
bahasa. Hal ini boleh dicapai dengan mencipta kata-kata atau ungkapan-ungkapan
yang baru, mengubah suai yang lama, atau memilih antara bentuk-bentuk
alternatif. Perancangan korpus bertujuan untuk mengembangkan sumber-sumber
sebuah bahasa supaya ia akan menjadi satu perantara komunikasi yang sesuai
untuk topik-topik moden dan huraian yang dilengkapi dengan
istilah untuk kegunaan pentadbiran, pendidikan, dan sebagainya.
Perancangan korpus membabitkan penyediaan ortografi, normatif, tatabahasa dan kamusuntuk panduan penulis dan penutur di dalam sebuah komuniti pertuturan.
ü Perancangan status merujuk kepada usaha-usaha untuk memperuntukkan
fungsi-fungsi bahasa dan kenal huruf di dalam sebuah komuniti pertuturan. Ia juga membabitkan pilihan status dan menyebabkan sesuatu bahasa atau kelainan
menjadi sebuah 'bahasa rasmi', 'bahasa kebangsaan', dan sebagainya. Perancangan status bahasa
juga melibatkan peningkatan sebuah bahasa atau loghat menjadi
sebuah kelainan prestij mungkin menjejaskan loghat-loghat yang bersaingan.
ü Perancangan pemerolehan adalah berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa sama ada bahasa kebangsaan atau bahasa kedua. Ia
melibatkan usaha-usaha untuk mempengaruhi bilangan pengguna serta pengagihan
bahasa dan kenal huruf yang dicapai melalui mencipta peluang atau insentif
untuk mempelajarinya. Usaha-usaha ini mungkin mendasari dasar-dasar asimilasi atau kemajmukan. Perancangan
pemerolehan adalah berkait secara langsung dengan penyebaran bahasa. Perancangan
pemerolehan biasanya merupakan bidang kerajaan-kerajaan negara, kawasan, atau
tempatan, badan-badan seperti British Council, Alliance francaise, Instituto Cervantesda dan Goethe-Institut juga
amat giat dalam mempromosikan pendidikan dalam bahasa masing-masing.
Ulasan : Perancangan bahasa tidak semestinya dilaksanakan
pada peringkat negara sahaja. Namun, ia boleh dilakukan oleh kumpulan-kumpulan
etnik, agama, atau pekerjaan. Satu kumpulan yang bertanggungjawab kepada banyak
perancangan bahasa di seluruh dunia, khususnya untuk kaum-kaum yang mempunyai
bahasa tak tertulis, ialah SIL Antarabangsa (pada
asalnya, "Institut Linguistik Musim Panas" di Amerika Syarikat. oleh itu, perancangan bahasa perlu dijalankan agar fungsi bahasa dalam kalangan masyarakat lebih bermakna.
No comments:
Post a Comment