CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 4 May 2012

BAHASA KIASAN

03 Mei 2012, Khamis

Bahasa kiasan atau bahasa perbandingan adalah kata-kata yang disusun secara ringkas dan khas. Kata-kata ini menunjukkan keadaan seseorang atau sesuatu benda, iaitu dengan cara yang dikhaskan atau dibandingkan dengan benda, orang serta perkara lain. Penggunaan bahasa kiasan sangat popular dalam kalangan masayrakat Melayu. Hal ini demikian kerana, bahasa kiasan sering digunakan untuk menjelaskan maksud sesuatu yang diucapkan untuk mengindahkan bahasa. Kebiasaannya, bahasa kiasan sering menggunakan perkataan seperti, bagai, macam, bak, laksana, umpama dan sebagainya.

Contoh situasi:

"Bawa kereta elok-elok. Jalan raya di sini bengkang-bengkok seperti ular kena palu. Kata ibu kepada abang yang ingin ke bandar.

Berdasarkan situasi di atas, ibu menggunakan bahasa kiasan untuk menggambarkan keadaan jalan raya yang tidak sistematik dan menyuruh abang supaya berhati-hati.

Contoh bahasa kiasan yang lain:

- Bijak laksana pendeta
- Cantik laksana bidadari
- Bersinar seperti permata

Ulasan: Bahasa kiasan merupakan bahasa perbandingan yang ringkas, indah dan sangat bermakna. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya bahasa kiasan ini popular dalam kalangan orang tua dan sangat sesuai untuk menggambarkan sesuatu keadaan dengan cara yang betul. Namun begitu, penggunaan bahasa kiasan yang betul sangat penting agar maksud yang hendak disampaikan tercapai.

No comments:

Post a Comment