CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 5 April 2012

BUAH FIKIRAN

06 April 2012, Jumaat

Penggunaan bahasa juga adalah bertujuan untuk menyampaikan buah fikiran. Namun begitu, tanpa penggunaan bahasa, sesetengah perkara yang ingin disampaikan juga boleh menggunakan bahasa isyarat, bahasa badan dan sebagainya. Namun begitu, buah fikiran seseorang lebih mudah disampaikan melalui bahasa. Contohnya, dengan hanya melafazkan dua tiga ayat serta gerak badan yang sesuai, maksud dapat dinyatakan.

Contoh situasi :

Perbualan antara seorang ibu dan anak lelakinya. Si ibu hendak meminta tolong anaknya memindahkan sebuah meja besar dari satu tempat ke tempat yang lain.

Ibu             : Along, boleh tolong ibu?
Anak lelaki : Tolong apa ?
Ibu             : Tolong angkatkan meja yang berat ini
                    ke sana.
Anak lelaki : Baiklah. Ada lagi yang ibu mahu along tolong ?
Ibu             : Tidak ada lagi. Terima kasih, along.

Ulasan : Bahasa digunakan sebagai alat perhubungan, alat untuk menyatakan buah fikiran dan alat untuk menjayakan aktiviti seharian kita.

No comments:

Post a Comment