CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 28 March 2012

BAHASA PRA-ANDAIAN

29 Mac 2012, Khamis

Bahasa pra-andaian merupakan salah satu gaya bahasa bertujuan untuk menghina seseorang. Bahasa pra-andaian boleh menimbulkan pergaduhan antara dua pihak. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahasa ini boleh menjatuhkan maruah seseorang individu dan bersifat negatif. Contohnya,

    "Budak kecil pun tahu,"

    "Saya dah agak kamu memang tidak boleh diharap."

     "Orang bodoh pun tahu buat."

Pra-andaian dalam ayat di atas ialah:

a) Perkara itu terlalu mudah.
b) Merendah-rendahkan kebolehan orang lain.
   
Contoh situasi : Hari ini saya demam. Jadi, saya tidak dapat hadir ke kelas.

Bahasa pra-andaian : "Awak demam atau malas".

Ulasan: Sebenarnya, bahasa pra-andaian tidak sesuai digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya bagi golongan guru dan ibu bapa. Hal ini demikian kerana, bahasa pra andaian ini timbul ekoran daripada sifat panasa baran seseorang individu atau ingin melepaskan geram. Namun begitu, penggunaan bahasa pra-andaian tidak boleh menyelesaikan masalah sebaliknya boleh menimbulkan masalah baru yang lebih serius.

No comments:

Post a Comment