Kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Kesantunan bahasa juga meliputi cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
Hal ini mempunyai kaitan dengan situasi yang saya hadapi baru-baru ini. Seperti yang kita ketahui gelaran Pak Cik digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah kendiri. Sementara itu, gelaran abang digunakan untuk orang lelaki yang lebih tua daripada kendiri dan juga tidak setua ayah kendiri. Namun begitu, semasa saya ingin membuat pembayaran buku di kaunter, seorang lelaki yang telah berusia dan sebaya dengan ayah saya membahasakan dirinya dengan panggilan "abang". Pada mulanya saya berasa sangat terkejut dan hairan namun, kebanyakkan penduduk di sekitar kawasan itu turut menggelarkan Pak Cik tersebut dengan panggilan "abang". Hal ini bermakna, panggilan "abang" itu sudah menjadi kebiasaaan bagi penduduk sekitar. Jadi, tidak hairanlah "Pak Cik" tersebut membahasakan dirinya "abang" pada saya.
Ulasan: Kita hendaklah mengamalkan kesantunan berbahasa semasa bercakap dengan orang yang lebih tua. Namun begitu, kita juga perlu mengikut kebiasaan bagi masyarakat setempat. Hal ini bertujuan menjaga hati semua pihak.
No comments:
Post a Comment