04 April 2012, Rabu
Bahasa juga berfungsi untuk menyampaikan pemikiran seseorang dalam bentuk yang abstark. Misalnya, ada sesetengah individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis seperti Usman Awang, Amir Hamzah, Shahnon Ahmad dan sebagainya mampu menggunakan bahasa yang tinggi untuk menyampaikan buah fikiran mereka. Keadaan menunjukkan bahawa penggunaan bahasa yang ditonjolkan oleh mereka adalah berbentuk abstark dan indah. Dalam konteks ini, bahasa menjadi alat penyampaian buah fikiran yang indah-indah dan hanya mampu dikuasai oleh orang-orang tertentu sahaja.
Contohnya, sajak ciptaan Amir Hamzah iaitu "Terbuka Bunga".
Terbuka Bunga
Terbuka bunga dalam hatiku.
Kembang rendang disentuh bibir kesturimu.
Melayah-layah mengintip restu senyumanmu.
Dengan mengelopaknya bunga ini;
layulah bunga lampau, kekasihku.
Bunga disunting hatiku,
dalam masa mengembara menanda dikau.
Kekasihku! Inikah bunga sejati
yang tidak kan layu ?
Berdasarkan sajak di atas, penulis cuba menyatakan perasaannya terhadap Tuhan, satu huraian keadaan hati dan sanubarinya yang menggambarkan pengalaman dirinya terkandung di dalamnya, dan pada kata-kata dan ayat-ayat yang digunakan untuk menyampaikan buah fikiran.
Ulasan : Bahasa juga mempunyai sifat yang tersendiri dan sangat indah sekiranya disampaikan secara kreatif dan kritis. Keadaan ini membuktikan bahasa juga boleh disampaikan dalam bentuk abstark dan bergantung kepada pembaca untuk mentafsir maksud yang tersirat.
No comments:
Post a Comment