CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 5 May 2012

BAHASA MAT REMPIT


04 Mei 2012, Jumaat

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram. kebiasaanya, mereka menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Mereka sering berlumba dan ada yang menunggang secara berbahaya di tepi jalan. Selain itu, mereka juga mempunyai istilah atau bahasa yang sering diguna pakai dalam kehidupan seharian mereka. Itilsah atau bahasa yang digunakan mempunyai pelbagai kaedah dan gaya penciptaan. Antara istilah yang sering digunakan ialah 'gegar', 'kenduri', 'panas' bagi bahasa Melayu manakala dalam bahasa Inggeris seperti try test, relax dan race. Namun begitu, penggunaan bahasa atau istilah yang sering digunakan oleh Mat Rempit akan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa. Terdapat beberapa contoh perkataan lain yang sering digunakan oleh mereka seperti di bawah.

1) Lauk, Bohsia, Cikaro, Anak Burung, Chicken, Ayam 
    - Perempuan untuk aktiviti seks.

2) Kencing kuat
   - Suka menipu

3) Test Power, Jom tiga Tiang
   - Ajakan untuk berlumba haram.

4) Barang panas
   - Barang curi atau barang yang menjadi rebutan atau permintaan.

5) Bakar line
   - Aktiviti lumba haram atau ajakan untuk lumba haram.

Ulasan : Budaya Mat Rempit dikatakan sangat popular dan menjadi ikutan dalam kalangan remaja. Keadaan ini menunjukkan bahawa pengaruh Mat Rempit sangat besar dalam kalangan remaja. Namun begitu, penciptaan istilah atau bahasa yang digunakan akan memberi impak negatif kepada para pelajar dalam penulisan karangan mereka. Justeru, langkah untuk membendung masalah ini perlu diambil dengan segera agar tidak berlarutan.

No comments:

Post a Comment