CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 5 April 2012

MENYATAKAN PERASAAN


03 April 2012, Selasa

Menurut Nik Safiah Karim (1992: 28), bagi setengah-setengah orang, terutamanya para pelajar, istilah 'bahasa' dikaitkan dengan proses mempelajari dan menghafalkan fungsi atau kegunaan awalan-awalan seperti ber-, me-, ter, dan sebagainya. Bagi orang lain pula, 'bahasa' dianggap sebagai mata pelajaran yang mengkehendaki seorang pelajar membaca sebuah petikan karangan dan kemudian menjawab soalan-soalan mengenai bahan yang terkandung dalam petikan itu. Sebenarnya, soal bahasa lebih luas daripada yang tersebut di atas.

Contoh situasi :

Seorang kanak-kanak lelaki pulang ke rumah mencari abangnya, berlari-lari dan kelihatan sangat riang.
     
      Adik  : Abang, abang, Chelsea menang!
                  Chelsea menang!
     Abang : Yakah ? Berapa gol?
     Adik    : Tiga berbalas satu. Satu  gol Torres yang masukkan.
     Abang  : Bagus. Mari kita menonton siaran ulangan nanti.

Penggunaan bahasa berdasarkan situasi di atas digunakan untuk menyatakan perasaan. Dalam situasi ini, perasaan yang dinyatakan adalah perasaan gembira. Melalui kata-kata, disertai dengan nada suara tertentu, berbagai-bagai perasaan dapat disampaikan iaitu perasaan sedih, gembira, marah, kecewa dan sebagainya. Tambahan pula, melalui bahasa dengan susunan tertentu, pengguna-pengguna bahasa dapat melahirkan perkara yang terpendam dalam sanubari bagi menyampaikan perasaan-perasaan tertentu untuk tujuan tertentu.

Ulasan : Penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat memainkan peranan penting. Hal ini demikian kerana, bahasa berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan maklumat, menyatakan perasaan dan sebagainya. Oleh itu, kita haruslah menjadi pengguna bahasa yang bijak agar penyalahgunaan bahasa dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment