Bahasa yang positif ialah bahasa yang sangat berkesan dan sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian menunjukkan apabila guru menggunakan bahasa yang positif maka, mereka akan memandang guru tersebut mempunyai satu daya tarikan. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid menyukai guru tersebut dan dapat dipengaruhi dengan mudah. Bahasa yang positif juga mengandungi banyak pengiktirafan, penghargaan, pujian, sanjungan dan sebagainya.
Contoh bahasa yang positif adalah seperti berikut :
"Bagus! Kamu sungguh kreatif."
"Tahniah! Jawapan kamu sangat tepat."
"Terima kasih. Kamu sangat berani."
"Wah! kamu sangat rajin dan bijak."
Berdasarkan contoh di atas, penggunaan bahasa yang positif di dalam bilik darjah dapat menarik minat murid untuk belajar dan merupakan satu pendekatan yang baik. Oleh itu, semasa pengajaran mikro dijalankan, kami sering digalakkan oleh pensyarah agar menggunakan bahasa yang positif agar murid-murid berasa dihargai oleh guru mereka. Seterusnya, bahasa yang positif juga menjadi motivasi dalam kalangan murid untuk terus berusaha agar mendapat pujian dan perhargaan daripada para guru.
Ulasan : Penggunaan bahasa yang positif mempunyai banyak faedah sekiranya digunakan dalam kehidupan seharian. Selain guru, ibu bapa juga perlu menggunakan bahasa yang positif semasa berkomunikasi dengan anak-anak mereka agar dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment