06 Mac 2012, Selasa
Seperti biasa sekitar pukul 6 petang keadaan jalan raya sesak menggila. Semua pemandu berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi masing-masing. Pada masa itu, saya dan abang sedang menuju ke Ipoh. Perjalanan kami memakan masa selama dua jam. Dalam perjalanan ke Ipoh, saya hanya mengambil kesempatan untuk melihat kerenah pemandu di jalan raya. Pada mulanya, keadaan yang sesak masih terkawal dan kereta dapat bergerak sedikit demi sedikit walaupun pada kelajuan yang rendah.

Namun begitu, kami dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang agak kuat dan menimbulkan suasana yang bising. Owh! rupa-rupanya salah sebuah kereta Gen 2 telah melanggar kereta di hadapannya iaitu Honda City sehingga kemek. Mungkin ini disebabkan kecuaian salah seorang pemandu tersebut. Suasana semakin menjadi-jadi apabila pemandu pemilik Honda City telah keluar dari kereta dan memaki hamun pemandu Gen 2. Hal ini semakin berlarutan apabila pemandu Gen 2 turut bertegang urat dan cuba membela diri masing-masing. Mereka menggunakan kata-kata yang kesat dan kasar tanpa memikirkan perasaan masing-masing. Contohnya, memandu kereta macam sial, bodoh, bangang sehingga menimbulkan pergaduhan. Keadaan semakin bertambah rumit apabila masing-masing tidak mahu mengalah dan cuba menegakkan benang yang basah. Kedua-dua pemandu berusia dalam lingkuangan 30-an sudah semestinya mengikut darah muda dan bersikap tidak bertolak ansur. Sikap kedua-dua pemandu ini telah membebankan para pemandu yang lain. Oleh itu, terdapat beberapa orang pemuda yang turut melihat kejadian cuba menyelesaikan masalah tersebut. Tidak lama kemudian pergaduhan mereka berakhir dan masing-masing membuat keputusan untuk bermuafakat. Kemudian, mereka berhenti di tepi jalan untuk berbincang. Saya berasa sangat lega kerana kedua-dua pemandu lelaki tersebut ingin bermuafakat dalam menyelesaikan permasalahan mereka.
Ulasan : Kadang-kala kita terlepas pandang mengenai Rukun Negara keempat iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang perlu diterapkan dalam diri kita. Sebenarnya sikap sopan santun ini tidak semestinya diamalkan di sekolah, di rumah atau di perhentian bas sahaja sebaliknya amalan sopan santun ini juga perlu diamalkan di jalan raya. Sikap sesetengah pemandu yang tidak bersopan santun seperti suka memotong kenderaan lain sesuka hati, melanggar lampu isyarat, membawa laju di tempat yang tidak sepatutnya dan sebagainya boleh mengundang bahaya kepada orang lain. Justeru, kita sebagai pengguna jalan raya yang berhemah perlu mematuhi jalan raya dan menghormati pengguna jalan raya yang lain.