Bahasa juga digunakan untuk menyampaikan pujian kepada seseorang individu. Pujian ialah salah satu jenis ganjaran sosial yang mampu mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Namun begitu, tidak semua pujian dapat diterima oleh sesetengah individu kerana bergantung kepada cara pujian itu disampaikan sama ada dapat diterima oleh logik akal atau sebaliknya. Bahkan pujian yang disampaikan juga dapat dilihat melalui keikhlasan seseorang semasa menyampaikan pujian atau sebaliknya. Selain itu, pujian juga menggunakan bahasa yang baik dan bersifat positif. Pujian juga hendaklah disampaikan cepat kerana menurut pakar-pakar, pujian yang cepat disampaikan sangat berkesan.
Contoh situasi :
"Kamulah adik yang paling baik." Kata abang kepada saya apabila saya membantunya mengemas baju di dalam almari.
Berdasarkan situasi di atas, saya berasa dihargai oleh abang saya setelah mendapat pujian itu walaupun pertolongan yang diberikan oleh saya tidak seberapa. Namun begitu, pujian yang diberikan oleh abang juga telah mendorong saya agar 'ringan tulang' membantu orang lain kelak.
Ulasan: Pujian merupakan salah satu cara yang digunakan bagi sesetengah individu untuk menunjukkan rasa kagum dan menjaga hati seseorang. Menerusi pujian, seseorang individu akan berasa lebih dihargai dan disanjung kerana sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku mereka. Seterusnya, pujian juga dapat memotivasikan seseorang individu ke arah yang lebih baik. Jadi, selain menggunakan bahasa yang baik, pujian juga haruslah ikhlas dan tidak mempunyai niat tersembunyi.
No comments:
Post a Comment