Kesantunan dilihat dari segi pemilihan kata (diksi) yang menunjukkan aspek berbudi bahasa dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang bahasa, sapaan yang tepat kepada sasaran, nada suara yang lembut dan sesuai dengan situasi bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan memperlihatkan nilai-nilai yang baik. Lokaff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Selain itu, Fraser dan Nolan (1981) pula berpendapat bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Jadi, kesantunan ialah perlakuan yang sopan dan berbudi bahasa semasa berkomunikasi bagi menghormati individu lain.
Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan. Dalam masyarakat Melayu, kesantunan berbahasa sangat penting kerana melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat.
Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
"Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
"Assalamualaikum".
Contoh lain :Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya.
Di samping itu, kesantunan berbahasa juga menitikberatkan penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengn kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk laras bahas istana seperti patik, tuanku, bersemayam, bersiram, junjung kasih dan sebagainya. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.
Ulasan : Kesantunan berbahasa melibatkan penggunaan bahasa halus semasa menjalankan interaksi, penggunaan kosa kata, kata ganti dan sebagainya. Kesantunan berbahasa juga terdiri daripada kesantunan verbal dan nonverbal. Namun begitu, kesantunan berbahasa perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat kita pada hari kerana mengandungi nilai-nilai murni dan perlakuan yang positif. Dalam masyarakat Melayu juga, kesantunan bukan sahaja merujuk kepaad latar sosio budaya masyarakat yang berpegang kepada adat resam malahan turut diperkukuh oleh pegangan agama Islam yang dianuti seperti "Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah".
terima kasih sudi kongsi maklumat....
ReplyDelete