CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 25 March 2012

DIALEK KELANTAN

26 Mac 2012, Isnin

Dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa baku. Lazimnya ini menjadi variasi baku bahasa tersebut. Dialek Kelantan ialah satu daripada dialek-dialek bahasa Melayu. Dialek ini dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari Kelantan yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

     Konsep warna menurut Asmah Haji Omar dalam bukunya yang bertajuk Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu (1986: 160), ada lapan jenis warna utama iaitu putih, hitam, biru, merah, kuning, hijau, ungu, dan kelabu. Sementara itu, mengikut warna Melayu konsep warna hanya mempunyai empat warna sahaja iaitu putih, hitam, merah, dan kuning. Di samping itu, terdapat pelbagai jenis warna terbitan yang telah wujud berasaskan warna utama ini. Warna terbitan merujuk kepada warna yang terbentuk akibat daripada pertindihan warna-warna utama seperti putih, hitam, biru, hijau dan sebagainya. Contohnya, warna kelabu terhasil akibat daripada pertindihan antara dua warna iaitu hitam dan putih manakala warna hijau terhasil akibat daripada pertindihan warna biru dan kuning. Namun begitu, terdapat beberapa contoh jenis-jenis warna utama yang disebut dalam dialek Kelantan seperti di bawah :


DIALEK KELANTAN
TRANSKRIPSI
BAHASA MELAYU STANDARD
i)   Putih:-


puteh luweh
[puteh ℓuwəh]
putih leput
puteh susu
[puteh susu]
putih krim
puteh gebu
[puteh gəbu]
putih gebu
ii)   Hitam:-


ite legey
[ite ℓəgey]
hitam legam
ite manih
[ite mãnĩh]
hitam manis
ite kelik
[ite kəℓi?]
hitam kelit
iii)   Merah:-


meroh nyalo
[mεɣh nãℓə]
merah menyala
meroh sina
[mεɣh sinã]
merah sinar
meghoh jambu
[mεɣh ǰambu]
merah jambu
meghoh hati
[mεɣ h hati]
merah hati
meghoh daghoh
[mεɣh daɣh]
merah darah
meghoh lade
[mεɣh ℓadə]
merah lada
meroh mudo
[mεɣh mũdə]
merah muda
meroh tuwo
[mεɣh tuwə]
merah tua
meroh meghre
[mεɣh məɣaŋ]
merah merang
iv)   Kuning:-


kuning lasak
[kunĩŋ ℓasa?]
kuning langsat
kuning kunyik
[kunĩŋ kuɲĩ?]
kuning kunyit
kuning ae
[kunĩŋ ae]
kuning air
kuning sio
[kunĩŋ sio ]
kuning sio

Ulasan: Penggunaan dialek Kelantan dalam menyebut konsep-konsep warna berbeza dengan bahasa Melayu standard. Hal ini, dapat dibuktikan dengan wujudnya beberapa cabang-cabang konsep warna di bawah peraturan warna utama tersebut. Contohnya, konsep warna merah. Seperti yang diketahui umum, warna merah yang hanya dikenali masyarakat umum secara amnya dalam bahasa Melayu standard hanyalah merah tua, merah muda, merah darah dan merah jambu. Namun, kesan daripada penggunaan dialek Kelantan ini, warna merah telah menghasilkan cabang-cabangnya yang tersendiri. Hasilnya telah wujud warna yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu standard tapi wujud dalam dialek Kelantan iaitu merah hati, merah nyala, merah sinar, merah merang, dan merah lada. Ternyatalah bahawa penggunaan dialek dan bahasa Melayu standard akan menyebabkan wujudnya ras-ras tertentu serta pengenalan ilmu baru dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan sistem warna.



No comments:

Post a Comment