Sejak kebelakangan ini, penggunaan bahasa dalam majalah semakin membimbangkab. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai bahasa yang diguna pakai seperti bahasa slanga, bahasa pasar, percampuran kod bahasa dan sebagainya. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana majalah mendapat sebutan hangat dalam kalangan pelajar. Mereka lebih gemar menghabiskan masa terluang dengan membaca majalah yang mengandungi hiburan, info semasa, dan sebagainya. Hal ini akan menimbulkan kesan yang buruk apabila pendedahan penggunaan bahasa tidak dititikberatkan dalam penulisan majalah. Tambahan pula, pelajar akan mudah terikut-ikut penulisan tersebut dalam penulisan karangan di sekolah menerusi hasil pembacaan mereka.
Ulasan : Jadi, masalah ini harus dibendung dari semasa ke semasa. Keadaan ini bagi memastikan pembacaan yang dilakukan oleh pelajar mendatangkan input yang lebih bermakna dan berkesan. Seterusnya, penerapan penggunaan bahasa yang betul dalam kalangan pelajar dapat dipertingkatkan.
No comments:
Post a Comment