CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 19 March 2012

SALAH FAHAM

20 Mac 2012, Selasa

Situasi hari ini tentang salah faham. Mungkin kamu juga pernah merasai pengalaman ini. Mana tidaknya salah faham ini sering terjadi apabila gaya, intonasi, serta penggunaan bahasa tidak dititikberatkan. Salah faham ini berlaku antara saya dan ayah. Apabila teringat tentang hal ini, saya pasti tersenyum dengan keletah ayah. Hal ini berlaku apabila saya menelefon ayah untuk memberitahu satu perkara iaitu mengenai tempat praktikum yang saya pilih. Saya berasa sangat gembira kerana pelbagai masalah yang dihadapi semasa mendapatkan tempat tersebut telah selesai. Jadi, setelah masalah itu selesai saya terus menghubungi ayah. Perbualan kami seperti di bawah :

Saya : Assalamualaikum ayah, sihat?
Ayah : Waalaikumussalam, sihat. Sudah makan ?
Saya : Sudah. Ayah, hendak beritahu tentang praktikum.
           Kami hendak buat dekat Pahang.
           (perasaan teruja dan gembira)
Ayah : Amboi, suka sangat nampak. Kenapa tidak balik buat
           di rumah? Suka sangat buat jauh-jauh.
           (dengan sayu dan mendatar)
Saya : Bukan macam tu ayah. Pahang paling dekat. Nanti
           senang hendak balik ke rumah. Bukan semua
           tempat dibuka. Huhuhu...

    Berdasarkan perbualan di atas, saya ingin menekankan bahawa kadang-kala nada, intonasi serta penggunaan bahasa sangat penting dalam menjalankan sebuah komunikasi. Hal ini demikian kerana, disebabkan saya telah menunjukkan reaksi yang menyatakan saya gembira dengan pilihan saya maka, ayah telah terasa hati dan seakan-akan merajuk dengan perlakuan itu. Tambahan pula, ayah turut menganggap bahawa saya tidak sudi menjalankan praktikum di kampung halaman sendiri. Mujurlah saya dapat menjelaskan perkara sebenar kepada ayah.



Ulasan : Kita haruslah berhati-hati apabila berkomunikasi dengan orang yang lebih tua terutama ibu dan ayah kita. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham berlaku antara mereka. Selain itu, salah faham yang timbul semasa komunikasi juga turut membuktikan bahawa komunikasi itu tidak berjalan dengan lancar. Seterusnya, telah menimbulkan konflik. 

      

No comments:

Post a Comment