CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 28 March 2012

BAHASA BADAN

28 Mac 2012, Rabu

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2009:165), istilah komunikasi bukan lisan ialah istilah popular untuk istilah lain seperti 'komunikasi nonverbal' dan 'bahasa badan'. Bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dan jarak, orientasi masa, gerak-geri, roman muka, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap.

    Terdapat lima fungsi utama bahasa bukan lisan iaitu:

a) Memberi tekanan
-Bahasa badan turut memberi tekanan terhadap perkara yang kita katakan. Contohnya, sambil berkata kita menguap, mencebik, menggeleng-gelengkan kepala dan sebagainya. 

b) Menambah maklumat
- Kadang-kala, sambil bercakap, kita dapat menambah maklumat menerusi bahasa badan. Contohnya, semasa berbual-bual kita mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan perkara yang diujarkan oleh rakan-rakan.

c) Menafikan
- Contohnya, mulut kita berkata 'Ya' atau bersetuju dengan perkara yang diujarkan namun pada masa yang sama kepala kita menggeleng-gelengkan kepala tanda menafikan.

d) Mengawal
- Contohnya, kita mengangkat tangan untuk mengemukakan cadangan atau kita mengangkat tangan tanda tidak bersetuju.

e) Mengulang
Contohnya, kita menganggukkan kepala sambil berkata 'Ya' menunjukkan maksud yang serupa iaitu tanda bersetuju.

Ulasan : Bahasa badan turut memainkan peranan penting dalam komunikasi. Hal ini demikian kerana, setiap unsur bahasa badan merangkumi perkataan. Tambahan pula, seseorang tidak berkata apa-apa sewaktu mendengar percakapan kita, tetapi penerimaannya dapat dilihat menerusi bahasa badan yang dipamerkan. Seterusnya, menerusi bahasa badan kita dapat mengetahui bahawa percakapan kita diterima dengan positif atau sebaliknya. 

No comments:

Post a Comment