27 April 2012, Jumaat
Bahasa melampau ialah bahasa yang mengatakan sesuatu perkara itu secara berlebih-lebihan melebihi apa yang sepatutnya hingga kadang-kadang tidak diterima logik akal. Penggunaan bahasa melampau ini adalah bertujuan untuk memberi pujian kepada seseorang individu secara berlebihan atau mengatakan sesuatu perkara yang melampaui batas. Namun begitu, penggunaan bahasa melampau ini akan menyebabkan individu yang menerima pujian menerusi bahasa melampau akan berasa bangga diri dan akan memandang rendah terhadap orang lain. Keadaan ini dapat digambarkan seperti di bawah:
Contoh situasi : Kecantikan wajahnya itu tidak ada tolok bandingannya di dunia ini.
Berdasarkan contoh di atas, seseorang individu telah mengatakan tentang kecantikan seorang wanita yang mempunyai kecantikan luar biasa sehingga tiada bandingan. Namun, kita hendaklah berfikir secara logik terlebih dahulu kerana kecantikan adalah perkara yang abstrak dan kemungkinan berbeza pendapat antara satu sama lain. Sesetengah orang mempunyai kepakaran masing-masing dalam melihat kecantikan seseorang individu sama ada secara luaran atau dalaman.
Ulasan: Justeru, kita perlulah berhati-hati apabila menggunakan bahasa melampau agar tidak melampaui batas dan menimbulkan riak dalam diri seseorang walaupun kadang-kala ia dapat menimbulkan kesan yang positif dalam diri seseorang seperti yakin diri dan menjadi motivasi kepada dirinya kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment