30 Mac 2012, Jumaat
Serangan mulut atau verbal ialah kata-kata kesat yang dilemparkan oleh seseorang individu kepada individu yang lain apabila bercanggah pendapat atau bergaduh. Serangan mulut tidak akan mencederakan individu tersebut secara fizikal sebaliknya menyebabkan kecederaan dari segi psikologi orang yang diserang. Serangan mulut juga mengandungi kata-kata yang pedas atau tajam sehingga menyakiti perasaan individu tersebut. Contohnya,
"Badan kamu saja besar, tapi otak kamu kecil."
"Macam awak pun, ada perempuan suka?"
"Kepala samseng".
Contoh situasi : Di perhentian bus. Semasa saya sedang menunggu bas, ada sekumpulan remaja menghisap rokok berhampiran seorang Pak Cik yang sudah uzur. Mereka menghisap rokok tanpa menghiraukan keadaan Pak Cik tersebut. Keadaan ini menyebabkan Pak Cik tersebut terbatuk-batuk kerana tidak tahan menghidu asap rokok yang berkepul-kepul. Kemudian, datang seorang lelaki dewasa memarahi sekumpulan remaja tersebut. "Kalau hendak menghisap rokok berkepul-kepul, pergi main jauh-jauh! Di sini tempat orang menunggu bas. Jangan bahayakan orang lain dengan tabiat buruk kamu semua!
Berdasarkan contoh-contoh di atas, serangan mulut menggunakan kata-kata kesat tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Hal ini berpunca daripada perasaan marah ke atas individu tersebut, moodnya tidak elok, suka melepaskan geram ke atas orang lain dan sebagainya.
Ulasan: Serangan mulut boleh memberi impak negatif kepada diri kita dan individu lain. Hal ini demikian kerana, individu yang mendapat kecederaan secara psikologi akan berasa rendah diri dan tersinggung dengan kata-kata pedas yang dilemparkan ke atasnya. Seterusnya, hubungan baik antara individu akan terjejas. Oleh itu, kita hendaklah berfikir sebelum bercakap agar tidak menyakiti perasaan orang lain.
No comments:
Post a Comment