CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 21 April 2012

PENCEMARAN BAHASA


17 April 2012, Selasa

Penggunaan bahasa Melayu digunakan secara meluas sama ada di dalam bilik darjah, isyarat-isyarat di jalan  raya, bahasa sari kata di panggung wayang, nama-nama kedai  dan sebagainya. Keadaan ini telah mendorong bahasa lain diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan pengumuman-pengumuman baru sentiasa dihasilkan dengan menggunakan bahasa Melayu.

Contohnya,

a) Gigi Klinik Ah Chong diterjemahkan daripada Chong Dental Clinic yang sepatutnya Klinik Gigi Ah Chong

b) Simpan Kosong daripada Keep Empty yang sepatutnya Kosongkan

c) Kedai Jahit Wanita daripada Ladies Dressmaking Shop sepatutnya Kedai Menjahit Pakaian Wanita.

Keadaan ini telah menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan bahasa Melayu. Tambahan pula, kekacauan bahasa bagi para pelajar atau masyarakat setempat akan berlaku apabila papan tanda tersebut tidak diterjemah dengan betul. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa amat penting dan perlu dititikberatkan agar masalah ini tidak berlaku kelak.

Ulasan : Penggunaan bahasa perlu dititiberatkan walaupun pada papan tanda di kedai makan atau pada isyarat jalan raya kerana memberi impak yang besar kepada masyarakat setempat. Selain itu, bahasa juga melambangkan bangsa. Jadi, kita perlu mengambil tindakan dengan melaksanakan kempen agar masyarakat lebih peka tentang penggunaan bahasa yang betul pada masa datang.


No comments:

Post a Comment